Okay dh bagi salam kaan.
Dijadikan cerita, aku baru balik dari Mh-i sabtu lepas.
Dan o yeah, kenangan di situ tidak akan boleh diganti
Dek kerana kami berpegang dengan fikrah yang sama
Selangkah kami mengubah DUNIA..
Mungkin tampak tidak logik dengan moto kami hendak mengubah dunia.
siapa kami? hanya remaja lepasan spm yg baru hendak mengenal erti kehidupan.
Ya, tidak dinafikan. usia kami masih di peringkat rebung.
Tapi semangat kental kami mampu menggentarkan musuh. Takbir!
Teringat bait-bait lagu yang sering kami alunkan, setiap hari mungkin.
"kan melangkah kaki dgn pasti, meneroboh segala onak duri.
generasi baru yg telah dinanti, tak takut dicaci tak gentar mati"
Kami tak gentar mati, syahid yang kami cari, Inshaallah..
Berada sebulan di sana, kami mencabar diri untuk berubah.
Terima kasih Kak Sumayyah yang DARE kami TO CHANGE.
Pelbagai perubahan kami lakukan sedikit demi sedikit
dengan harapan mendapat keredaan Rabb
Bimbingan ilmiah diiringi curahan kasih sayang oleh para fasi kami nyata memberi kami kesan yang mendalam.
Nasihat abang2 dan kakak tidak akan kami abaikan.
Subhanallah, indahnya sebuah ukhwah yg terjalin berlandaskan kasih-Mu
Di sini, aku berjumpa dengan sahabat yang tiada galang gantinya.
tidak mungkin aku temui mereka di luar sana kerna mereka adalah sahabat yang Allah kirim untuk bersama sampai syurga. Inshaallah
Aku diajar peri pentingnya dakwah kepada masyarakat lain
ramai di luar sana yang tidak tahu dan sedang menunggu kami untuk memberitahu
itulah fungsi dakwah
Aku tak sangka di sini aku jumpa ramai hamba Allah yang jauh lebih hebat dari hamba hina ini
Betapa besarnya jiwa mereka untuk menjulang kegemilangan islam spt suatu ketika dulu
Betapa mulianya hati mereka ingin membebaskan Palestin dan Syria dari kepompong zionis
Kini, pintu hati ini bagai diketuk Tuhannya.
Aku mulai sedar dari tidur yang lena.
Aku ingin menjadi insan baru
Insan yang lebih berguna kepada Agama dan Negara
Selama ini, aku berada di dalam kepompong jahiliyyah.
Namun, aku bersyukur kepada Rabb diatas nikmat iman dan islam yang diberikan.
Ya Rabb, terima kasih untuk 28 hari ini.
Aku bersyukur kerana telah dipilih bersama dgn 80 hati kecil berjiwa besar ini
Bersama melangkah untuk mengubah dunia.
Yaayyuhaa nisa', takbir!
Salam sayang dari hamba yang mengejar jannah,
nurasmaa agussaiful :)
POSTED BY asmaa agus ON Monday, January 14, 2013 @ 12:45 AM